Kempen ‘Digital Wellness’ untuk pengguna iPad

Amat mencabar membesarkan anak dalam era maklumat. Membiarkan anak-anak dengan kebebasan sepenuhnya menggunakan peranti seperti iPad sangat besar risikonya. 

Ketagihan, kebergantungan kepada teknologi serta pengurusan masa yang teruk amat merunsingkan anda sebagai ibu bapa. 

Dalam siri kempen terbaru ATC iChampion MY, kami akan membantu anda sebagai ibu bapa untuk: 

mengehad & mengawal penggunaan iPad anak untuk sosial media, hiburan dan permainan. 

memantau dan menganalisa masa di skrin serta app-app yang dimuat turun pada iPad anak. 

menyekat dari melayari laman pornografi dan laman-laman merbahaya pada iPad anak. 

✅ mendorong anak mengoptimasi app-app pembelajaran untuk belajar dengan iPad. 

Segala kawalan dapat dipantau dari iPhone ibu atau bapa. Sebarang tambahan masa penggunaan, muat turun app, serta pembelian perlu mendapat kebenaran peranti ibu atau bapa. 

ATC iChampion MY merupakan sekumpulan guru yang membimbing guru secara sukarela. Kebanyakkan bengkel kami dianjurkan secara percuma.

Dalam kempen ini, proses setup agak rumit memerlukan para sukarelawan memberi komitmen masa dan tenaga untuk berkomunikasi dengan pelanggan secara 1:1 bagi menjayakan keterhubungan kedua-dua peranti. 

Oleh itu, kami mencadangkan upah asas serendah RM120 sebagai ganjaran atau saguhati kepada mereka. Pindahan transaksi upah boleh dilakukan sejurus proses setup berjaya. 

Selain itu kami menawarkan pakej tambahan kepada pelanggan sebagai perkhidmatan tambahan (add-on): 

 ✅ setup iPad kedua dan ketiga – jika anda ingin setup anak-anak yang lain bersama peranti anda. 

 ✅ sokongan khas selama tiga bulan – anda akan dibimbing secara berkala untuk menguasai fitur yang digunakan

 ✅ Bengkel online 4 jam DIGITAL WELLNESS membimbing anak anda yang berumur 9-15 tahun mengenai tema kempen. 

Pakej tambahan ini boleh dipilih menerusi borang yang sama dengan tambahan upah kepada para sukarelawan.

Ayuh, jangan tunggu lagi. Kempen ini dijalankan dalam masa yang terhad. Rebut peluang keemasan ini sekarang!

Borang daftar langganan: https://bit.ly/ipad-dwc