Artikel sedang dikemaskini..
1. Intuitif

iPad merupakan komputer tablet popular keluaran Apple. Ianya menawarkan fungsi hiburan dan pembelajaran yang intuitif menerusi sistem pengoperasian iOS serta pelbagai app. iPad akan dikemaskini setiap tahun pada suku pertama.
2. Pelbagai Pilihan

Terdapat empat varian iPad yang ditawarkan iaitu iPad, iPad Air, iPad mini serta iPad Pro mengikut keperluan serta kemampuan pembeli. Untuk kegunaan pembelajaran bertemakan kreativiti, iPad asas sudah memadai dengan tawaran kemampuan untuk tugasan multimedia.
3. Harga & tawaran

iPad ditawarkan pada harga istimewa untuk institusi pendidikan. Bagi sebuah tablet yang canggih dan berkuasa, harga yang ditawarkan (dibawah RM1,500) amat berbaloi.
4. Apple Pencil

Hadir dengan paparan skrin sesentuh serta pelbagai teknologi penderia. Ia dapat dimanfaatkan dengan penggunaan alat melakar seperti Apple Pencil untuk kreativiti.
5. App Store

App Store untuk iOS mengandungi app- app yang amat berkualiti. Apple melaporkan terdapat lebih 200,000 app ditawarkan untuk tujuan pembelajaran.
Boleh menjalankan aplikasi-aplikasi produktiviti dan pembelajaran popular dari Google dan Microsoft. Dengan iPad anda mendapat manfaat daripada perkhidmatan ketiga-tiga gergasi dunia digital – Apple, Google dan Microsoft
6. Kemaskini perisian
Sokongan kemaskini perisian pengoperasian, perkhidmatan dan sekuriti terlama antara penyedia peranti. Lazimnya Apple menyokong sehingga 5 tahun (dan mungkin lebih) bagi sesuatu peranti.
7. AR

Menyokong Augmented Reality (AR) dengan baik. Apple menyatakan iPad generasi baharu (model 2017 dan terkini) diperkasa dengan kemampuan cip pemprosesan yang menyokong aplikasi AR.
8. Kurikulum Kreativiti Apple

Kurikulum khas daripada Apple. Apple menerusi Apple Education menawarkan dua inisiatif kurikulum khas untuk pendidikan iaitu Everyone Can Code dan Everyone Can Create. Panduan guru untuk menggunakan kurikulum tersebut juga disediakan.

MENGENAI PENULIS
Cikgu Razif merupakan seorang pendidik Malaysia dengan pentauliahan Apple Professional Learning Specialist (APLS). Selain menyelaras program Apple Distinguished School (ADS) di salah sebuah SBP di utara tanah air, beliau juga telah diiktiraf sebagai Apple Distinguished Educator (ADE) menjadikan beliau guru KPM pertama dengan penganugerahan antarabangsa tersebut setelah 25 tahun program pendidikan Apple.