Categories
Kreatif dengan iPad

8 app ‘Pro’ pilihan untuk iPad Pro

iPad Pro merupakan varian tertinggi iPad dengan kemampuan yang amat luar biasa. Cip pemprosesan yang berkuasa serta paparan ProMotion yang jitu membuatkan iPad Pro berada dalam kelasnya yang tersendiri. iPad Pro dikhususkan kepada golongan profesional yang mahukan peranti berprestasi tinggi dengan sokongan perisian canggih. 

Saya senaraikan 8 aplikasi untuk golongan profesional yang juga boleh dimanfaatkan oleh anda selaku pendidik. 

1. Final Cut Pro

Siapa tak kenal Final Cut Pro kan? Aplikasi popular suntingan video dalam industri perfileman dan penerbitan televisyen pada Mac kini ditawarkan pula pada iPad Pro.

  • Final Cut Pro hanya menyokong iPad Pro dengan cip M1 keatas sahaja.
  • Platform iPad Pro yang disokong adalah iPad Pro 11″ (Gen 4 & keatas) serta iPad Pro 12.9″ (Gen 6 & ke atas).
  • Harga langganan RM22.90/bulan atau RM199/tahun dengan 1 bulan percubaan (trial).

Langganan app ini amat berbaloi jika anda seorang pencipta kandungan yang kerap menghasilkan kandungan video berdefinisi tinggi.

2. Lumafusion

Lumafusion merupakan app suntingan video profesional terawal yang ditawarkan pada iPad. Antara kelebihan app ini adalah pengalaman suntingan secara mobil yang dioptimasi untuk sentuhan.

  • Platform iPad Pro yang disokong adalah iPad Pro 9.7″, iPad Pro 10.5″, iPad Pro 11″ (Gen 1 & keatas) serta iPad Pro 12.9 (Gen 1 & keatas).
  • Juga menyokong iPad varian lain selain iPad Pro. 
  • Harga tawaran RM129.90

Belian menerusi Lumafusion adalah secara sekali bayar atau one-off. Walaupun agak mahal, belian ini amat berbaloi jika anda mahukan penyunting video yang sempurna. 

3. Adobe Illustrator

Aplikasi terbaik penyuntingan grafik dari Adobe ini ditawarkan pada iPad Pro. Penawaran kuasa menerusi cip termaju pada iPad Pro ditambah pula dengan keupayaan Apple Pencil, iPad anda menjadi sebuah kanvas yang sangat fleksibel.

  • Platform iPad Pro yang disokong adalah iPad Pro 10.5″, iPad Pro 11″ (Gen 1 & keatas, iPad Pro 12.9 (Gen 1 & keatas).
  • Juga menyokong iPad varian lain selain iPad Pro. 
  • Harga langganan RM44.90/bulan atau RM349.90/tahun dengan 7 hari percubaan (trial).

Jika anda seorang guru PSV yang menjadikan app ini sebagai platform utama berkarya secara digital, harga langganan yang ditawarkan bukan masalah yang besar.

4. Adobe Photoshop

Satu lagi aplikasi popular dari Adobe iaitu Adobe Photoshop. Siapa tak kenal kan aplikasi manipulasi grafik terbaik dalam pasaran. Dengan Adobe Cloud, anda boleh melakukan suntingan merentasi platform yang membolehkan anda melakukan suntingan secara ‘on the go’.

  • Platform Pro yang disokong ialah iPad Pro 9.7″, iPad Pro 10.5″, iPad Pro 11″ (Gen 1 & keatas) serta iPad Pro 12.9 (Gen 1 & keatas). 
  • Juga menyokong iPad varian lain selain iPad Pro. 
  • Harga langganan RM41.90/bulan atau RM359.90/tahun dengan 7 hari percubaan (trial)

Produk ini tidak perlu disangsi lagi kemampuannya. Sumber rujukan pembelajaran yang banyak di Internet sudah pasti membantu anda menerokai aplikasi ini. 

5. Pixelmator

Aplikasi penyuntingan grafik Pixelmator merupakan kegemaran saya kerana ia sangat mudah digunakan. Saya mengagumi pasukan pembangun aplikasi ini yang  senantiasa menawaran inovasi dan ciri menarik dalam setiap kemaskini aplikasi seperti kemampuan ML. 

  • Platform iPad Pro yang disokong ialah iPad Pro 9.7″, iPad Pro 10.5″, iPad Pro 11″ (Gen 1 & keatas) serta iPad Pro 12.9 (Gen 1 & keatas). 
  • Juga menyokong iPad varian lain selain iPad Pro. 
  • Harga tawaran RM44.90

Kakuatan app ini bagi saya adalah betapa mudahnya untuk saya mendapatkan hasil yang sama seperti Adobe Photoshop 

6. ProCreate

ProCreate mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri. Apa yang saya gemari mengenai ProCreate adalah sumber pembelajaran yang banyak di Internet untuk mengasah kemahiran dalam bidang penyuntingan & manipulasi grafik digital.

  • Platform iPad Pro yang disokong adalah iPad Pro 10.5″, iPad Pro 11″ (Gen 1 & keatas, iPad Pro 12.9 (Gen 1 & keatas). 
  • Juga menyokong iPad varian lain selain iPad Pro.
  • Harga tawaran RM59.90
App ini perlu digunakan bersama Apple Pencil untuk menerokai potensinya yang besar. Saya amat menyarankan app ini kepada peminat seni digital. 

7. Tayasui Sketches Pro

App kegemaran ramai artis digital ini menawarkan ciri yang sangat menarik untuk diterokai. Penggunakan bersama Apple Pencil merupakan setup yang ideal memberi anda lebih kemampuan untuk berkarya.

  • Platform iPad Pro yang disokong adalah iPad Pro 9.7″, iPad Pro 10.5″, iPad Pro 11″ (Gen 1 & keatas) serta iPad Pro 12.9 (Gen 1 & keatas).
  • Juga menyokong iPad varian lain selain iPad Pro. 
  • Harga tawaran RM29.90

Untuk menguji app ini, saya cadangkan  anda muat turun versi percuma, Tayasui Skeches School dahulu. Versi Pro sudah pasti menawarkan pelbagai alat lukisan digital yang tiada tandingan. 

8. Logic Pro

Bagi DJ, komposer serta guru muzik, sudah pasti penawaran Logic Pro pada iPad merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Pengalaman pnyuntingan muzik dengan keupayaan kawalan sesentuh sudah pasti memberi pengalaman yang berbeza.

  • Platform iPad Pro yang disokong ialah iPad Pro 11″ (Gen 4 & keatas) serta iPad Pro 12.9″ (Gen 6 & ke atas).
  • Juga menyokong iPad varian lain selain iPad Pro.
  • Harga langganan RM22.90/bulan atau RM199/tahun dengan 1 bulan untuk percubaan (trial). 
Sebagai sebuah platform yang berjaya di Mac, Apple membawakan pengalaman baharu dengan kawalan secara sentuhan dioptimasi pula dengan Apple Pencil selain pengenalan pelbagai alatan baharu yang menarik. 
 

Harga yang dipaparkan merupakan semakan harga jualan pada platform App Store semasa catatan ini ditulis.

Sumber imej: Apple Newsroom